Fuh, dah lama betul niat nak jejakkan kaki ke Uganda. Berbulan-bulan tertangguh, tup-tup minggu lepas baru sempat beli tiket. Biasalah, bila dah beli, barulah kelam-kabut buat research sikit-sikit. Terkejut bila tahu kena ambil suntikan demam kuning (Yellow Fever injection) β dengar-dengar kat internet, ada yang caj sampai GBP 70 sebatang! Mahal gila! π€―

Tapi, Alhamdulillah, rezeki Allah nak mudahkan. Aku cek dekat pusat perubatan UAE, FREE je! Syukur sangat, ini memang first sign Allah nak permudahkan perjalanan aku. Cuma, ada satu challenge: kena dapatkan suntikan 10 hari sebelum terbang. Pusat kesihatan dekat rumah aku dah habis stok pulak. Masa tu belum beli tiket lagi, hati berbisik, “Okay, cuba lagi satu pusat. Kalau ada, memang positive sign!” β¨
Isnin malam minggu lepas, terus book appointment dan meredah ke pusat perubatan lain yang tak pernah aku jejak. Dapat pulak jumpa doktor Emiratis tempatan. Terkejut dia bila aku terkejut jumpa dia! π Sepanjang berurusan kat sini, ini kali pertama dapat doktor local. Nasib baik friendly. Setel bab suntikan! Urusan hotel? Macam biasa, last minute baru book. Ada yang beli hari ni, esok dah check-in pun ada! Hobi aku, memang! π
Perjalanan Bermula: Dari Dubai ke Pengalaman Tak Terlupakan
Penerbangan dari Dubai sebab tiket sana lebih ‘murah’, walaupun takdelah murah sangat sampai rasa nak balik Malaysia dengan harga ni. Tapi nak buat macam mana, tiket raya ke Malaysia lagi mahal waktu raya ni! Redha jelah tahun ni berkorban raya kat perantauan. Lagipun, raya di Malaysia tu apa sangatlah, solat, korban, makanβ¦ makanβ¦ makanβ¦ pastu upload gambar, pastu mati! Hahaha. π
Ini first time aku depart dari Terminal 2 DXB, memang port untuk cheap flights. Kereta aku? Park di ‘tempat rahsia’! Sebab kat airport AED50 sehari, 5 hari boleh dapat seekor biri-biri korban! Tiap-tiap airport kat sini (Sharjah, Dubai, Abu Dhabi) memang ada tempat park rahsia ni. Alhamdulillah setakat ni semua okay. Terima kasih banyak kawan-kawan yang recommend! π
Penerbangan lebih kurang 5 jam. Aku dah melantak kenyang-kenyang dekat lounge sebab free. Dalam kapal terbang, aktiviti biasa je. Kalau tak boleh tidur, layan movie kat laptop. Kalau tak, memang zzzzz, terutama flight malam. Kami sampai di Uganda dalam jam 6.30 petang.

Bertemu Ngozi & Realiti ‘Boda-Boda’ Uganda! ποΈπ¨
Sebelum terbang, aku dah berhubung dengan Simon, dia yang uruskan pertubuhan amal dekat Mbale. Dah dua tahun berurusan dengan dia, memang tawakal jelah walaupun ada je suara-suara halus yang meragui. Tapi, yakin mendahului syak, dan tawakal menemani setiap perasaan. Alhamdulillah, semua lancar.

Simon bagi nombor abang dia, Ngozi. Baru sebelum terbang aku berurusan dengan Ngozi. Dia kata boleh datang ambil. Aku bayangkan macam kita ambil orang kat airport, tunggu elok-elok kat arrival hall. Rupanya dia datang, dengan menaiki Boda! π€―

Boda ni macam motor teksi kat Indonesia, pengangkutan popular di sini. Yang bestnya, boleh naik sampai 3-4 orang sekali gus! Helmet? Takde! Kepala anda, tanggungjawab anda! π Lama juga tunggu dekat airport. Asyik dapat mesej, “Saya nak sampai,” tapi tak sampai-sampai! Airport ni macam kat Kaherah atau Alexandria, orang yang menunggu semua berlonggok kat luar entrance, siap ada seekor gorila besar tengah tunggu kat depan tu. (Patung jelah, jangan risau).

Mata aku melilau tengok orang tempatan, beberapa kali disapa pemandu teksi. Dapat lagi mesej, “Dah nak sampai.” Ish, mana ni? Akhirnya, dekat sejam jugalah aku rasa. Barulah dia sampai. Aku dah beritahu Simon awal-awal, Ngozi akan ikut sampai habis trip sebab dia orang local.
Kepercayaan Sejati & Pengajaran Berharga π
Antara tips kalau nak travel dengan convenient tanpa halangan bahasa dan budaya? Get to know local people! Apa yang buat aku terharu, Ngozi datang tanpa sesen duit pun. Dari Kampala, dia naik Boda, lepas tu dia deal dengan Boda nak masuk airport (Boda tak boleh masuk), dia kena naik teksi. Dia percaya aku akan datang dan cover semua. Memang terharu sangat sebab kami tak pernah jumpa, baru sehari dua mesej, tapi dia boleh percaya aku bulat-bulat! Ini betul-betul buat aku rasa kecil hati dan kagum.
Jadi, kami deal dengan pemandu teksi, drop kami di spot Boda yang dia naik tadi, dan kami terus sambung ke Kampala. Dalam hati aku, “Betul ke nak ke Kampala naik motor tiga orang ni?” Kepala aku tak boleh nak brain, tapi begitulah realitinya. Penat Tuhan saja yang tahu. Berpeluh, berdebu! Tapi waktu malam tak nampaklah, cuma cuaca berangin.
Sampai hotel, kena isi borang hotel walaupun dah booking melalui Booking.com β wah, macam zaman 80-an! π Dari luar, hotel nampak gah, tapi dalamannya okeylah untuk negara yang belum membangun ni. Jalan tar jangan mimpilah! Tar cuma ada di jalan besar saja, itupun kadang-kadang dihiasi lubang-lubang besar supaya lebih adventurous! π€£

Malam Pertama di Kampala & Budaya Makan yang Berbeza
Malam tu, lepas siap-siap mandi dan solat, kami keluar cari makan malam. Macam mana nak gambarkan ya? Kami ke Chicken Tonight, sekeliling dengan hiruk-pikuk bunyi hon, manusia mundar-mandir, peniaga bawa barang niaga, gelandangan, Boda berasak-asak dekat lampu isyarat, hingar bingar macam macam bunyi. Memang chaos tapi ada rentak dia.
Aku nampak lori bawa muatan macam budak kecil pakai seluar melorot, nampak punggung sebab seluar meleleh terlebih muatan. Sukar nak cerita. Setiap orang yang aku pandang, aku terfikir apa nasib dia, macam mana dia hidup. Aku nampak sijil halal di Chicken Tonight. Ngozi pesan nasi dengan sup hati kalau tak silap. Dalam hati aku, “Boleh aku rasa sikit? Tapi hati lah pulak, mana aku makan.” Aku pesan ayam goreng. Bolehlah buat alas perut.

Tengah makan, dia cakap dia nak tapau, sambil bagi nasi dalam pinggan dia kepada dua bahagian untuk kawan dia di pusat amal. Laaβ¦ Aku tengok dia makan nasi bukan lauk dituang ke pinggan, tapi nasi dibuh dalam lauk! Jadi satu mangkuk lauk tu penuh dengan nasi! Ke aku yang salah cara makan nasi sepanjang 50 tahun hidup ni? π Aku cakap, “Jangan tapau, beli baru je!” Dia mengiyakan, “Kalau tak, kena maki kawan nanti bawa balik nasi bercampur aduk bekas kau makan.” Tapi itulah budaya orang, kita tak tahu. Kita ni, makan tak sedap viral, makan sedap viral. Makan untuk mati kita ni. π€£
Tidur Bersama Orang Asing & Kisah Ngozi: Hidayah Islam π
Malam tu kami tidur lena. Jadi, aku tidur dengan orang asing, perasaan bercampur-baur. Tapi Allah ada, perjalanan ini untuk Dia, kerana Dia⦠masakan dia nak biarkan aku susah. Subuh, aku dengar azan. Lalu bangun dan solat. Selesai solat, aku kejut Ngozi. Aku nak tengok dia kejut aku ke, aku kejut dia. Aku agak berprasangka dalam hal solat, bukan apa, nak tengok dia jaga solat ke tak. Memang aku berdosa dalam hal ni.

Ketika dia solat, aku tak tengok. Jadi aku sedar dia solat. Tiba-tiba bunyi lagi azan, adehβ¦ Dua kali azan? Satu azan tu tak tahu azan apa. Cek waktu solat, laa baru masuk. Bunyi azan dekat je. Aku cakap, aku kena pergi masjid sebab masjid diorang tak sama, satu pengalaman baru. Aku cakap kat Ngozi, “Baru azan, kita salah solat tadi.” Dia tanya nak aku temankan ke masjid. Aku cakap, “Takpe, aku boleh pergi sendiri.” Solat dia tadi tak sah aku cakap. Dia kata, “Okay.” Aikk, itu je? Kami baru kenal, nak paksa lebih-lebih kan tak selesa pula.

Aku ke masjid. Daif sangat masjidnya, siling berlubang, dinding terkopak, cat tertanggal. Tapi bukan itu Tuhan tengok, Tuhan tengok siapa yang berjemaah. Aku orang asing, semua orang tempatan, dan ada jemaah perempuan. Selesai solat, aku balik ke hotel, kami bersiap. Aku puasa Arafah, jadi Ngozi saja breakfast.
Kami bercakap soal solat. Ngozi cakap dia baru masuk Islam, 5 bulan lalu. Adik dia, Simon, dah lama. Satu tamparan hebat untuk bersangka buruk. π Terduduk aku, kenapa mudah bersangka? Kenapa susah nak bersangka baik? Satu surah pun dia tak hafal lagi, Alif Ba Ta pun belum, mungkin Ainul lagi lancar. Arghh, berdosa aku! Dia belajar pun dari YouTube sikit-sikit.
Aku beri tazkirah, umpama ustaz-ustaz Malaysia bagi tazkirah. Aku cakap, “Takpe, kau tak tahu baca pun takpe, kau ikut aku. Kau ni umpama kain putih, aku lagi banyak dosa dari kau, kau newborn. Allah takkan punish kau sebab kau baru. Allah akan punish aku kalau aku tak beritahu kau hal-hal agama. Kau solat, ikut waktu, sujud rukuk, macam aku, walaupun aku ni bukan faham makna, macam orang-orang lain yang baca ni juga. Baca tolak tepi dulu. Yang penting kau tahu asas solat dulu, lepas tu belajar perlahan-lahan. Insya-Allah, Tuhan terima solat engkau. Efforts count!” π
Selami Realiti: Menjejakkan Kaki ke Slum Area Kampala π
Sembang punya sembang dengan Ngozi, tiba-tiba topik terlajak ke kisah slum area. Eh, pantang aku dengar perkataan ‘slum’ ni, terus rasa excited semacam! Aku terus tanya Ngozi, “Kau tahu tak mana-mana slum yang boleh kita lawat?” Dia jawab, “Ya, tahu!” “Okay, sebelum kita berangkat ke Mbale, kita kena pergi tour slum area dulu!”

Aku memang tak minat sangat nak tengok bandar-bandar besar, aku lebih tertarik nak tengok kisah hidup manusia sebenar. Dan aku yakin, kebanyakan korang takkan pernah terfikir pun nak pergi tempat macam ni. Firstly, nak masuk slum ni kena kenal orang dalam. Itu pun takde jaminan keselamatan. Slum ni ada 1001 kisah di sebaliknya: jenayah, orang mabuk, masalah keluarga β semua ada. Kami sempat masuk beberapa kampung slum di sana.
Aku cakap kat Ngozi, “Kita kena bagi something kat orang sini, especially budak-budak!” Terus kami cari gula-gula. Aduh, macam mana nak cerita ya, memang sukar aku nak gambarkan suasana tu. Bayangkan longkang terbuka, rumah-rumah bercampur baur, tak ada sistem langsung. Bayi-bayi dibiarkan merangkak atas tanah macam tu je, umpama merangkak atas lantai rumah kita. Kadang-kadang, tangan kecil tu kutip tanah masukkan ke dalam mulut, sambil maknya selamba teruskan menyapu tanah. Allahuβ¦ π
Aku sempat masuk satu rumah. Nenek tua ni tengah jaga cucu dia, mak cucu tu keluar bekerja. Aku tanya macam mana mereka survive, nenek tu jawab maknya hantar duit. Setiap pandangan, setiap cerita, buat aku terdiam sejenak.
Selebihnya, memang kami didekati oleh penduduk juga. Ada yang mabuk, dan ada yang cari pasal. Nasib baik Ngozi bijak jelaskan keadaan walaupun berkonflik sedikit. Akhirnya, salam-salam, dan kami pun selesai. Aku cuak juga bila berdepan dengan orang mabuk ni, memang sukar nak handle.
Tapi itulah, kalau korang tak pernah pergi dekat dan dalami kisah hidup mereka, korang takkan tahu realiti sebenar. Ini yang aku nak. Belajar dari kesusahan orang lain, dan kau akan mula menghargai betapa beruntungnya kau tak pernah susah macam mereka. Ini bukan sekadar trip, tapi satu pelajaran hidup yang tak ternilai. β¨
Bas Klasik & Belalang Goreng! ππ€’
Pagi tu kami bertolak ke Entebbe. Naik dari stesen bas di Kampala. Stesen bas, tak pernah aku jumpa macam ni! Tapi ada baslah, basnya macam bas 80-an di Terengganu. Ekon takde! π© Semalam dia cakap bas selesa. Dalam minda aku, “Okay, ada ekon, seat empuk, selesa lah.” Sekali naik, ada 2 seat, 3 seat row. Nampak penuh, tong sampah berderet.
Dia bawa baju-baju nak diagihkan kepada anak-anak yatim. Yang ini melembutkan hati aku bila aku tahu dia berfikrah begini. Perjalanan dalam 5 jam, tapi aku rasa lebih sebab kalau korang biasa naik bas sangkut-sangkut, macam nilah. Perjalanan, cuba kau bayangkan kau repeat trip kau 100 kali, masuk Gua Musang ke Machang, lepas tu repeat balik, macam tu lah! Burukkan lagi dengan jalan berlubang, berhenti drop orang, dan sebagainya. (Maaflah kerajaan Kelantan aku buat perbandingan macam ni, sebab dah nak kiamat pun aku tak nampak jalan di Gua Musang ke Machang tu ada improvement. Tapi takpe, set kita jange pecoh, raya kita beratur ramai-ramai! π)
Dalam bas sebelum berangkat, macam-macam penjaja naik. Ada jual jagung, ada jual entah apa aku pun tak tahu. Ada satu ni nampak macam ikan bilis, tapi sihat-sihatnya ikan bilis diorang ni. Aku tanya Ngozi, “Benda apa tu?” “Oooooβ¦ belalang goreng!” Gulpβ¦ π¦ Aku terus tanya, “Kau nak?” “Boleh,” katanya. Mak aiihβ¦. Mungkin makanan kegemaran orang sini. Aku cakap, “Ambil lah RM5, share dengan jiran kita tepi tu.” Dia bagi belalang tu dengan anak-anak orang sebelah, selera mereka makan. Bukan susah buat pahala, dari seorang share 2-3 orang lain. Bukan haram makan belalang, cuma aku tak makanlah sebab perut belalang tu gemuk semacam. Berminyak, kolesterol! π€’
Mbale: Kembali ke Zaman 60-an & Raya Haji yang Berbeza
Nak dijadikan cerita, kami duduk di seat 3 row. Aku pilih duduk tepi sekali sebab nak ambil angin dan debu jalanan. Dia di tengah. Makcik sebelah ada anak 2 orang duduk satu seat, jadi 3 atas satu seat! Kesian pula. Si Ngozi ni offer, tumpangkan anak dia atas riba dia, seorang besar Ainul, seorang besar Amin. Aduh, 5 jam nak pangku! Kalau dia tak offer, maknya akan pangku 2 orang tu 5 jam! Mau koma sampai Mbale. Aku yang tak pangku ni pun masih merungut, lenguh, penat, dengan melekit.
Perjalanan sekejap laju, sekejap slow. Dalam hati, “Bila lah nak sampai?” Senja dah nak melabuh, akhirnya sampai ke Mbale, yang selama ni tak terfikir untuk sampai. Allah mudahkan urusan dan akhirnya, sampai. Kami ke hotel, macam biasa, sama saja hotel dengan sebelum ni. Review bagus, tapi biasalah, lain orang lain expectation. Selesa pada kita tak sama selesa pada orang lain.
Mbale, satu pekan kecil, memang sangat koboi. Aku tafsirkan, Malaysia zaman 60-an! Berdebu, lubang, kotor tak payah ceritalah β bukan sebahagian dari iman, tapi sebahagian dari hidup! Nak tengok orang kutip sampah, memang takde langsung. Yang buang sampah, hampir 100%! Tiba di stesen bas, berlopak-lopak, takde tar apa dah. Kami disambut anak-anak gelandangan. Ngozi buat tak endah.
Kami ke kampung dia dulu untuk berikan beg baju tadi. Terharu aku tengok budak-budak menunggu ramai sambil menyanyi. Aku tak faham sepatah pun, tapi aku yakin lagu tu untuk aku. Macam YB masuk kampung, 5 tahun sekali akan bagi beras dan gula untuk digula-gulakan, lepas tu lesap. 5 tahun datang lagi dengan janji manis. Aku disediakan kerusi, so aku duduk. Aku tak yakin budak-budak ni nak dengar ceramah atau bohong kosong 5 tahun sekali. Ketika aku duduk, ada seorang budak dalam 4 tahun umurnya, datang hulur tangan. Aku bersalam. Lalu aku sapu kepala dia, walaupun hampir semua botak. Mereka rata-rata anak yatim. Baju koyak rabak, compang-camping, tak payah ceritalah berapa lama tak basuh. Itu bukan tujuan utama, asal berbaju cukuplah. π
Hotel ‘Gajah’ & Pengalaman Korban yang Menyentuh Jiwa ππ₯©
Senja makin tua, kami teruskan ke hotel dan check-in. Malam tu memang tidur nyenyak walaupun esok sakit belakang. Tilamnya lendut umpama ditiduri gajah selama ni. Sakit hati, malam pertama takde elektrik waktu malam. Nak ke tandas umpama malam tiada bintang. Menggagau! Malam pertama aku maafkan, malam kedua bukan elektrik je takde, air pun takde sebab dia pakai pam. Aku terus jadi tak sabar nak review! Memang aku akan review masak-masak. Paginya hari raya, takde rasa feel raya macam di Malaysia. π
Kami breakfast samosa. Naik Boda lagi ke masjid, tapi masjid sepi. Rupanya diorang berkumpul di masjid universiti. Di tengah padang, solatnya, ada tempat bertahi lembu, ada tempat lapang. Manusia ramai macam Arafah, nak beritahu bersesaknya. Takpe, pengalaman punya pasal.
Selesai solat, aku join ramai-ramai berasak-asak keluar dari padang. Di luar padang, ada jual aiskrim, ada jual belon, macam-macamβ¦ Oh, begini rupanya hari raya di sini. Naik Boda lagi untuk ke kampung semalam, sebab acara korban akan berlangsung. Semalam dah tengok jumlah 7 kambing, 2 biri-biri dan 4 lembu. Terima kasih buat yang berkorban, aku rasa sangat berbaloi, sebab diagihkan kepada hampir 100% orang fakir. Aku tak nampak yang ambil daging korban ni naik kereta Myvi, atau motor kapcai. Ini yang buat hati rasa lapang. β€οΈ
Sebelum korban, Simon beritahu aku dengan bangga, “Tukang sembelih ni bini 4!” Pergh. Aku tengok tubuh dia memang sasa, dengan kelebihan di bahagian perut, tapi kekuatan nak sembelih tu memang terpancar di sinar matanya. Mereka berpanas tunggu agihan daging. Semoga ini asbab kalian ke syurga.
Kalau di Malaysia ada acara masak-masak, tapi sini aku tunggu juga, takde pula. Kalau diorang masak pun aku memang jaga-jaga bab makan. Masak lemak dia tak sama dengan masak lemak kita. Cuma pagi tadi saudara Simon buat demo masak pisang pakai daun pisang. Pisang putik tu dikoyak-koyak, dibalut dengan daun pisang tebal-tebal, direbus. Dia akan jadi pisang rebus lah kut. Sama macam Malaysia lah cuma cara masak dia lain. π
Unta Korban & Pertemuan Tak Disangka! π«π²πΎ
Aku dibawa ke satu tempat korban yang ditaja oleh charity Indonesia. Diorang ni lagi hebat sebab tak main lembu, semua unta! Dalam 5-6 ekor. Kenal dengan wakil Indon, kemudian dah takde lunch, kami cari ke restaurant yang kami pergi sebelum ni. Hanya ini satu-satunya restaurant yang aku kategorikan orang Malaysia boleh makan, presentable dan menu dia boleh masuk tekak Malaysia.
Tengah tunggu makan, tiba-tiba datang satu group, macam Malaysianβ¦ tengok cop mohor kat baju ada bendera Malaysia! Rupanya geng Ez Korban. Aku terus pergi sapa diorang. Panjang pula ceritanya. Dari MMU, ada yang alumni, dari cerita korban tahun lepas dan macam-macam. Kami berpisah, tapi bertukar nombor Whatsapp. Bagus Ez Korban bawa content creator. Ini memang strategi yang bagus! π
Mengintai Kemiskinan & Renungan di Uganda π
Petang tu kami rehat. Sebelum tu, recon pekan koboi ni. 100% sukar nak jelaskan dengan kata-kata. Memang purposely trip ni aku nak lari dari clichΓ© orang travel, nak tunjuk gambar cantik, background healing, kopi dan sebagainya. Had enough. Trip ni mencabar sebab logistik tidak semudah negara-negara Eropah, yang bas tunggu depan pintu airport.
Tak sabar aku nak pulang ke Kampala. Pagi tu kami bertolak dalam 9 lebih. Pagi aku tengok anak-anak gelandangan bermesyuarat di kaki lima, penunggang Boda mundar-mandir cari pelanggan. Aku rakam dari atas bas. Kata 20 minit nak bertolak, rasa macam 40 minit baru bertolak. Kali ni seat kami 3 share dua orang saja. Lega, tapi sakit belakang tidur tilam bekas gajah tu memang tak habis lagi. π©
Cuba tidur, kejap terlelap, sekali melambung, terbangun. Dalam hati, “Bila lah nak sampai?” Sampai di Kampala dalam 4 petang, ambil Boda, lepas tu Boda stop di satu pasar ikan, sebab di situ ada teksi. Teksi ni minivan, untuk ke Entebbe. Kalau dia cakap muat 14 orang, tapi boleh sumbat selagi boleh! Selagi tak cukup dia tak jalan. Nasib baik kami sampai tu dah penuh muatan. Teksi ni dia sangkut juga, ada turun ada naik. Sejam lah juga nak sampai Entebbe.
Aku book Sky Way Hotel, sebab ni paling murah USD34, 2 orang termasuk breakfast. Dalam banyak-banyak hotel, yang ni paling heaven, sebab areanya sangat tenang, berdekatan dengan airport dan Lake Victoria. Masuk dalam tu memang jalan tanah merah tapi rumah-rumah yang agak posh, ada CCTV, ada guard. Aku kira ni Bangsar lah kut untuk sini. π
Petang tu aku cari tempat makan, naik Boda, last end up di satu Mall. Ni first time kategori mall yang aku anggap mall. Dalam ni ada ramai foreigner, nak masuk pun ada security check macam airport. Dalam ni ada KFC. Aku ke CafΓ© Java, ramai pula foreigner, malas nak queue. Last-last takpe lah, darurat makan KFC walaupun aku boikot, takde choice. π¬

Ngozi ni aku tanya pernah makan ke. Dia kata ni first time, jadi aku raikan dialah. Aku order nasi, aku bagi 2/3 dari nasi aku, dengan yang dia punya. Habis dia makan. Hebat, orangnya kurus je, tapi rasa berbaloi. Asal makan dengan dia, aku akan bagi part aku yang aku tak sentuh, dan dia boleh habiskan. Aku tak tanya makan minum macam mana sebab dia kata dah 2 bulan charity tak bagi elaun. Charity dia di Kampala tu yang aku faham train remaja-remaja untuk develop skill. Aku tanya gaji berapa charity bagi, dalam RM300 sebulan. RM300 ni dengan living cost makanan pada aku sama je dengan Malaysia.
Malam berlabuh, tidur sangat nyenyak. Esok pagi aku bangun, first sekali aku cakap kat dia, “Semalam tidur paling best.” Dia pun akui. Aku rasa aku mengigau macam-macam. Lantaklah, aku tengok dia pun macam tak tidur mati. Tiap kali aku rasa aku bercakap, aku akan buat-buat geliat supaya tak nampak sangat aku mengigau. π

Pengakhiran Sebuah Episod: Rasuah & Realiti Uganda π§
Alhamdulillah, selesai satu episod yang dalam 38 negara yang dilalui, ini adalah satu keunikan yang sukar nak gambar. Tak semua orang sanggup nak lalui, sebab tahap selesa tolak tepi, duit tak boleh beli pengalaman kalau diri tidak sanggup. Ini adalah pengembaraan yang mengubah pandangan hidup aku.
Dalam berbicara soal hidup, ekonomi dan budaya di sini, aku cuba korek dengan Ngozi, kenapa rakyat sini miskin. Dia cakap rasuah terlalu tinggi, dia kata 80% rasuah. π€― Aku tengok wajah-wajah terpampang di tiang lampu, di dinding jalanan, wajah-wajah pemimpin. Tak lama lagi diorang akan election. Tiap kali election, rakyat akan dapat gula-gula.
Aku cakap, sama lah dengan negara aku, korup juga. Cuma negara aku korup, dia ada bahagian pada rakyat, jadi rakyat nampak kerajaan buat something, dia tak kisah sangat pemimpin korup asal ada bahagian. Cerdik! Masalah di sini, hampir takde pada rakyat, kalau ada pun diagihkan kepada kroni kerajaan, dari minta kerja akan tengok susur galur tribe, nama atuk siapa dan sebagainya. Dahsyat! Tapi hakikatnya gitulah, dia kata hampir semua negara Afrika macam ni. Negara ni kaya dengan hasil galian, tapi dikawal tentera, jadi pemimpin jual pada luar negara, dan invest di luar negara balik.
Dalam Kampala, ada satu area yang sangat posh, umpama syurga dan neraka dunia. Langit dan bumi bezanya. Tempat ni adalah area khas untuk government servant. Jadi yang aku lawat ni mungkin neraka dunia. π

Selamat tinggal Uganda! Terkilan sebab tak jumpa Prince Uganda, yang selalu hantar email nak bagi harta peninggalan ayah dia dalam juta-juta tu. π Maybe next time lah!
Apa pengalaman travel paling rare korang pernah lalui? Cer kongsi kat komen! π #Uganda #TravelDiary #Pengembaraan #RayaHaji #KembaraUganda #Africa #PengalamanBaru #backpacking
Thank you for everything may the Almighty Allah make things easy for you in whatever your doing. See you next time BARAKALLAUFUIKUM.
thanks